Thursday, February 5, 2015

Friday, February 28, 2014

:: MESYUARAT AGONG KE 30 PUSPANITA KADA ::

Pada 13 februari 2014 yang lalu, PUSPANITA KADA telah mengadakan mesyuarat agong tahunan kali ke 30 bertempat di Auditorium Tan Sri Mohamed Yaacob, Ibu Pejabat KADA Kota Bharu Kelantan.

Pelbagai acara diadakan pada hari tersebut. Let's photo talks !!!
Model Peragaan Fesyen Batik...

Barisan Pimpinan Puspanita KADA sesi 2013/2012

Model lelaki pun ada

Pengerusi Puspanita, Hajah Nadiah bersama para model

Pengerusi bersama model lelaki.

Tuesday, February 25, 2014

:: KELAB POCO-POCO PUSPANITA KADA 2014 ::

ASSALAMUALAIKUM WARGA PUSPANITA !!!

Biro Sukan  dan Rekreasi akan menubuhkan Kelab Poco-Poco PUSPANITA KADA 2014.
Kepada yang berminat boleh mendaftar nama dengan Pn Yuzana Yusoff, Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat KADA.

" Ayuh, KITA MENARI untuk Kesihatan Diri "

credit pic to gambarhehe.com

Monday, February 24, 2014

:: LAWATAN KE LUAR NEGARA TRIP 1 - HO CHI MINH ::

Assalamualaikum Warga Puspanita KADA dan semua...

Biro Kebudayaan dan Sosial akan mengadakan lawatan ke Luar Negara iaitu KE HO CHI MINH, Vietnam.

Borang Penyertaan telah diedarkan semasa Mesyuarat Agong Tahunan 
Puspanita pada 13 Februari 2014 yang lalu.


Penyertaan telah ditutup pada 20 Februari 2014. Penyertaan yang telah diterima adalah sebanyak 11 peserta. Tarikh Lawatan adalah pada 4 hingga 7 Mac 2014. Lawatan ini akan diketuai oleh Pengurus Besar KADA dan juga Pengerusi PUSPANITA KADA.


Friday, February 21, 2014

:: SELAMAT DATANG KE BLOG PUSPANITA KADA ::

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,


PUSPANITA KADA


Alhamdulillah, 25/02/2014... tarikh blog PUSPANITA KADA ditubuhkan. PUSPANITA KADA maju selangkah lagi dengan membangunkan sebuah blog untuk warga puspanita KADA mendapat informasi terkini mengenai akitiviti Puspanita.

Sejajar dengan perkembangan pantas era ICT, blog yang semakin popular pada masa kini selain dari media sosial yang lain, PUSPANITA KADA menggunakan medium ini untuk berkongsi dan berhubung dengan Warga Puspanita KADA dengan lebih cepat, tanpa batasan dan pada bila-bila masa. 

Semoga blog ini dapat memberi manafaat dan kemudahan kepada semua Warga Puspanita untuk terus mengikuti perkembangan yang berlaku dalam PUSPANITA KADA. Blog ini boleh dilayari pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Oleh itu ianya akan selalu dekat di hati kita.

Biro Penerbitan PUSPANITA KADA amat mengalu-alukan sumbangan Warga Puspanita untuk berkongsi idea dan pandangan bagi menambahbaik pengisian maklumat di dalam blog ini. Sumbangan anda boleh diemelkan kepada salwani@kada.gov.my.

PUSPANITA - Wanita Sepakat Negara Meningkat

Salam Perkenalan dari 
Biro Penerbitan Puspanita KADA